Program MIV with DTT Negeri Sarawak

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2019, Program MIV with DTT Negeri Sarawak 2019 telah diadakan yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet (PI) Bekenu dan sepanjang program berlangsung, sebanyak 5 PI yang telah terlibat iaitu, PI Bekenu, Sibuti, Niah Suai, Peliau dan Beluru Bakong dengan membawa 2 orang peserta Malaysian ICT Volunteer (MIV) yang menjadikan jumlah keseluruhan ialah 15 orang peserta termasuk staff PI.

Tujuan program adalah untuk mendedahkan sukarelawan dalam membantu komuniti setempat mengenai peralihan Siaran TV analog ke Siaran TV Digital myFreeview. Ia juga sebagai langkah kepada Memberi peluang kepada para sukarelawan untuk berkongsi pertanyaan dan pengetahuan kepada komuniti setempat. Selain itu, ia sebagai langkah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua sukarelawan yang mengikuti program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali